iPad merupakan sebuah produk yang dibangunkan oleh syarikat gergasi Apple Inc yang diterajui oleh Steve Jobs. Bagi yang mengenali produk keluaran dari Apple ini mesti kita sedar tentang kewujudan Macintosh, iPod, iPhone dan kini iPad yang kini menjadi bualan hangat bagi penggemar gajet terbaru. Jika kita lihat sebelum ini kemunculan iPod mampu menawan hati pembelinya yang telah menawarkan pelbagai aplikasi mudah alih hanya di hujung jari namun produk hasil inovasinya kini iaitu iPad mungkin dapat membuatkan kita teruja untuk memilikinya sebagai koleksi.
Sebelum iPad dilancarkan, komputer panel biasanya merujuk kepada Tablet PC yang mempunyai keyboard yang boleh digunakan seperti notebook biasa, dan boleh ditukar menjadi panel jika diperlukan. Ipad pula telah menghapuskan rekaan keyboard. Ipad menggunakan skrin multi-sentuhan IPS 9.7 inci, muka depan hanya terdapat satu skrin besar dan butang Home di bawahnya. Skrin Ipad ditutupi lapisan kaca yang amat kuat dan tahan. Terdapat 2 versi iPad iaitu versi Wi-Fi dan versi Wi-Fi + 3G (diringkaskan sebagai versi 3G). Versi Wi-Fi seberat 680g, manakala versi 3G seberat 720g. Namun, terdapat satu masalah yang sangat meruncing dan jelas ketara bagi iPad ini iaitu peninggalan kesan cap jari pada skrinnya. Walaupun skrin Ipad disaluti lapisan yang kalis minyak dan anti kesan cap jari, namun masih tidak dapat menyelesaikan masalah ini.
No comments:
Post a Comment