<><><><><><>
<><><><><><>
<><><><><><>
Software (atau "computer
program"), dalam Bahasa Melayu dikenali sebagai perisian (atau "program
komputer"), merujuk kepada set arahan yang mengawal aktiviti mesin
komputer.
Istilah software digunakan untuk membezakannya dengan komponen
hardware (sistem komputer secara amnya terdiri dari komponen hardware, software,
data, tatacara dan orang). Hardware merupakan komponen fizikal yang boleh
dilihat manakala software merupakan komponen logik yang tidak dapat dilihat
secara fizikal.
Perisian komputer dapat diklasifikasikan mengikut kategori seperti
berikut:
1) Perisian Sistem Pengendalian (Operating System Software)
Perisian ini berkaitan dengan pengendalian mesin komputer. Bermula dari
saat mesin komputer dihidupkan sehinggalah ia dimatikan, perisian ini
bertanggungjawab menyelaraskan perjalanan sistem mesin komputer tersebut. (Baca
selanjutnya)
2) Perisian Aplikasi
Perisian ini membantu pengguna akhir komputer melaksanakan tugasan
penggunaan (application) yang khusus. (Baca
selanjutnya)
3) Pembangunan Aplikasi
Perisian ini membantu pembangun perisian menjalankan aktiviti pembangunan
perisian seperti rekacipta perisian, penulisan kod perisian, penyemakan kod dan
penyahpijat dan lain-lain.
No comments:
Post a Comment