Thursday 1 March 2012

Gajet ICT...

             Tidak kira di mana jua kita berada, dunia kini tidak lagi canggung dengan apa itu teknologi. Ia seumpama dunia baru yang menjadi intipati dalam kehidupan masyarakat di dunia ini. Tanpa mengira apa jua jenis teknologi, ia tetap membawa satu kelebihan dalam penciptaannya yang seterusnya membawa kemudahan dan kebaikan dalam hidup kita. Namun pada kali ini saya sangat tertarik untuk membawa kita semua ke dalam teknologi telekomunikasi moden yang menjadi tumpuan hebat bagi penggemar-penggemar gajet ICT. Walaupun kita sedar selama ini kita telah dilonggokkan dengan pelbagai kemudahan teknologi lepas seperti telefon pintar, netbook, iPod dan PSP yang telah muncul dalam kehidupan seharian kita namun teknologi itu tetap terus hidup dan sentiasa melakukan inovasi demi inovasi supaya pengguna tidak bosan dan dapat melihat teknologi yang terbaru. Kekreatifan pemilik-pemilik syarikat gergasi dalam bidang teknologi pula tidak pernah putus idea untuk mewujudkan gajet terbaru dan seterusnya menambahkan koleksi gajet-gajet teknologi dalam pasaran dunia. Maka dengan itulah munculnya gajet yang diberi nama iPad.

iPad merupakan sebuah produk yang dibangunkan oleh syarikat gergasi Apple Inc yang diterajui oleh Steve Jobs. Bagi yang mengenali produk keluaran dari Apple ini mesti kita sedar tentang kewujudan Macintosh, iPod, iPhone dan kini iPad yang kini menjadi bualan hangat bagi penggemar gajet terbaru. Jika kita lihat sebelum ini kemunculan iPod mampu menawan hati pembelinya yang telah menawarkan pelbagai aplikasi mudah alih hanya di hujung jari namun produk hasil inovasinya kini iaitu iPad mungkin dapat membuatkan kita teruja untuk memilikinya sebagai koleksi.

Sebelum iPad dilancarkan, komputer panel biasanya merujuk kepada Tablet PC yang mempunyai keyboard yang boleh digunakan seperti notebook biasa, dan boleh ditukar menjadi panel jika diperlukan. Ipad pula telah menghapuskan rekaan keyboard. Ipad menggunakan skrin multi-sentuhan IPS 9.7 inci, muka depan hanya terdapat satu skrin besar dan butang Home di bawahnya. Skrin Ipad ditutupi lapisan kaca yang amat kuat dan tahan. Terdapat 2 versi iPad iaitu versi Wi-Fi dan versi Wi-Fi + 3G (diringkaskan sebagai versi 3G). Versi Wi-Fi seberat 680g, manakala versi 3G seberat 720g. Namun, terdapat satu masalah yang sangat meruncing dan jelas ketara bagi iPad ini iaitu peninggalan kesan cap jari pada skrinnya. Walaupun skrin Ipad disaluti lapisan yang kalis minyak dan anti kesan cap jari, namun masih tidak dapat menyelesaikan masalah ini.

No comments:

Post a Comment